Negara China yang memang terkenal dengan barangan ‘look alike’ sekali lagi mengejutkan kita kali ini dengan model kereta look alike kereta mewah iaitu Volkswagen Tiguan, Infiniti EX dan Audi A4 Avant. Model look alike ini dikeluarkan oleh Yema Auto. Kemajuan teknologi pembuatan acuan China memudahkan lagi aktiviti copy design ini sehinggakan ianya mirip dengan model sebenar.
Kereta look alike mungkin boleh serupa dari segi luaran namun kualitinya paham-paham sajalah. Dengan kurangnya ujian ketahanan pastinya ia akan cepat rosak. Begitu juga dengan kepentingan alat ganti tulen. Sekarang banyak alat ganti tiruan yang 100% nampak tulen dijual di merata tempat. Pastikan anda dapat alat ganti dari pengedar yang sah.