Proton

Mampukah Persona R Mengubah Nasib Proton di Arena Global?

September 13, 2011

Persona R mungkin model yang paling ditunggu-tunggu oleh rakyat Malaysia selepas model konsepnya ditunjukkan di pameran auto KL tahun lepas. Model ini menurut Proton adalah model global pertama mereka dan akan menepati ciri-ciri terkini kesatuan Eropah.

Proton juga menyatakan model ini bakal menggunakan enjin turbocharged mereka iaitu campro CFE 1.6l yang mempunyai kuasa 138hp dan 205Nm tork. Enjin itu juga dikatakan menggunakan teknologi VVT dan dipadankan dengan kotak gear CVT 6 kelajuan.

Menurut sumber, model ini akan mula dikeluarkan secara besar-besaran pada bulan 11 dan pelancaran rasminya pada awal tahun depan. Apa yang penting sejauh mana Proton dapat mengekalkan rekabentuk kereta konsep Persona ini kerana model konsep itu cukup menarik. Daripada gambar white body Persona R ini, admin rasa side profile pada pintu belakang adalah bentuk lain kerana kereta konsep lebih menyerupai Audi manakal model sebenar menyerupai BMW. Jika sesiapa mempunyai gambar spy shot model bolehlah share dengan admin.

You Might Also Like

No Comments

(Required)
(Required, will not be published)
*
error: Content is protected !!