Proton

Proton Exora Prime, Turbocharged November Ini

September 21, 2011

Proton baru-baru ini dalam AGM nya membuat kenyataan akan melancarkan model Exora dengan turbocharged bersama varian ‘Prime’ yang hanya mempunyai 6 tempat duduk. Exora turbo yang sebelum ini banyak kita lihat spy shotsnya bakal mendapat perubahan dari segi luaran seperti rekaan bumper dengan lubang penyejukan enjin sisi dan skirting belakang yang baru.


Exora Prime

Proton Exora merupakan MPV terbaik ketika ini dari segi ruang dan harga namun agak kurang daya kuasa enjinnya. Ini bakal terjawab dengan pengenalan enjin turbocharged yang menghasilkan kuasa 138hp dan 205Nm tork disamping teknologi vvt yang menjimatkan. Tak sabar rasanya untuk menunggu bulan November.

You Might Also Like

No Comments

(Required)
(Required, will not be published)
*
error: Content is protected !!