Chevrolet, Isuzu

Chevrolet Colorado, Isuzu D-Max Serba Baru Rancakkan Saingan Segmen Pickup

October 8, 2011

Chevrolet telah melancarkan model Colorado serba baru di Thailand baru-baru ini. Model ini sebelum sudah pun dijual di Thailand namun bagi rakyat Malaysia ianya satu model yang asing. Rekaan lampu depan lebih menarik berbanding rekaan konvensional pickup sebelum ini digandingkan dengan rekaan gril trademark Chevrolet menambahkan lagi rasa kegagahan model ini.

Rekaan dalamannya pula amat menyerupai Isuzu D-Max serba baru. Apakah mereka berkongsi instrumen panel atau dashboard? Jika benar, ini adalah kali pertama segmen pickup berkongsi dashboard namun kita tidak pernah dengar berita mengenai kerjasama antara Chevrolet dengan Isuzu dalam hal ini. Naza Quest, pengedar rasmi kenderaan Chevrolet di negara kita dilaporkan akan membawa masuk model pickup Colorado ini dan pertama untuk jenama Chevrolet di negara kita.

Isuzu D-Max serba baru pula yang membuat kemunculan selepas Colorado nampak tampil dengan rekaan lampu depan yang lebih agresif. Pasti rekaan sebegini menarik perhatian golongan muda yang berjiwa lasak. Lihat rekaan dashboardnya, tidakkah ianya sama dengan model Colorado? Apa pun 2 model ini bakal memberi saingan kepada model Pickup paling popular Malaysia iaitu Toyota Hilux yang baru-baru ini menerima facelift terbarunya.

Model pickup seperti ini menggunakan chasis jenis ‘ladder’. Ianya berbeza dengan chasis ‘monocoque’ yang mana sistem roda dipasang pada lantai kenderaan manakala model pickup dipasang pada frame seperti ladder sebelum dicantumkan dengan badan kereta.

You Might Also Like

No Comments

(Required)
(Required, will not be published)
*
error: Content is protected !!