Honda

Honda Malaysia Hentikan Sementara Operasi Kilang CKD Di Melaka

October 25, 2011

Honda Malaysia telah dilaporkan oleh star-motoring mengumumkan menghentikan sementara operasi kilang pemasangannya CKD nya di Melaka kerana keputusan bekalan komponen yang kebanyakannya di sumber dari Thailand. Thailand kini mengalami bencana banjir terburuk dalam 50 tahun.

Honda Automobile Thailand Corp atau HATC merupakan pembekal komponen utama iaitu komponen press metal kepada Honda Malaysia. HATC kini masih lagi ditenggelami air dan pemulihannnya dijangka memakan masa berbulan kerana kebanyakan peralatan yang rosak. Bagi mereka yang telah membuat tempahan kereta CKD Honda iaitu Accord, CRV, Civic dan City pastinya tidak dapat menerima kereta mereka tepat pada masanya kerana isu ini. Manakala untuk model lain seperti Stream dan Hibrid, mereka masih boleh menerima kereta seperti biasa. Model Jazz walaupun diimport dari Thailand, masih lagi mempunyai stok yang cukup.

Dengan berita ini, pasti pembeli bakal beralih kepada jenama lain seperti Toyota, Nissan, Mazda dan model Korea. Walaupun begitu, kapasiti pengeluaran CKD di negara kita adalah cukup-cukup makan dan dijangka tidak dapat menampung permintaan. Honda perlulah untuk mengeluarkan komponen di negara kita sekurangnya untuk model popular seperti City supaya apabila berlaku bencana alam, kilang masih boleh beroperasi walaupun pada tahap minima.

You Might Also Like

No Comments

(Required)
(Required, will not be published)
*
error: Content is protected !!