Honda

Kilang Honda Di Thailand Ditenggelami Banjir

October 16, 2011

Kilang Honda Motor di Thailand telah ditenggelami air berikutan banjir besar yang melanda negara itu. Kilang yang terletak di daerah Ayuthaya itu menghasilkan kira-kira 5% dari jumlah pengeluaran global Honda. Kilang itu juga menghasilkan komponen utama untuk kilang CKD Honda di Alor Gajah dan dengan penutupan sementara ini pastinya memutuskan bekalan komponen ke Alor Gajah yang kini menghasilkan model City, Civic, CRV dan Accord.

Banjir besar di daerah perindustrian teknologi tinggi Ayuthaya ini menyebabkan beberapa lagi syarikat besar Jepun seperti Nikon, Toshiba dan supplier automotif kepada Toyota Motor terpaksa menutup kilang buat sementara waktu. Honda Malaysia dijangka tidak dapat membuat penghantaran kepada pelanggan untuk model CKD dan juga Accord 3.0 liter yang dibuat di Thailand. Manakala model Hybrid, Stream (CBU Jepun) dan Jazz, Freed (Indonesia) tidak terjejas.

You Might Also Like

No Comments

(Required)
(Required, will not be published)
*
error: Content is protected !!