Lotus

Lotus Alami Kemerosotan Jualan

October 12, 2011

20111012-094514.jpg

Anak syarikat milikan penuh Proton iaitu Lotus mengalami kemerosotan jualan pada lapan bulan pertama tahun ini apabila hanya menjual 272unit berbanding 358unit tahun lalu, penurunan sebanyak 24% jauh dari penurunan industri keseluruhan yang hanya turun 6%. Ini menambah lagi derita mereka yang mana jualan sebelum ini pun hanya nyawa-nyawa ikan sahaja.

Menurut Karl Heinz Kalbfell, bekas expert di BMW, Lotus tidak boleh menjual banyak kereta kerana orang ramai tidak mengenali produk mereka. Mereka tahu Lotus tapi tidak produk mereka.

Komen admin: Ini satu berita kurang baik untuk Proton kerana anak syarikat mereka dalam keadaan tenat. Lotus walaupun mempunyai keupayaan dalam kejuruteraaan automotif namun masih struggle kerana produknya kurang dikenali dan sudah terlalu lama di pasaran. Pengenalan model baru amat penting untuk menjamin kesinambungan sesuatu jenama. Jika dilihat, kereta Lotus contohnya Evora dijual agak mahal lebih kurang sama dengan Nissan GT-R dan Porsche namun aksesori yang ditawarkan amat kurang dan juga prestasi pecutan yang kurang berbanding keduanya. Di Malaysia, Evora sudah Mencecah RM500ribu untuk manual. Jika ditambah sedikit lagi sudah boleh dapat GT-R dengan aksesori yang lebih moden.

You Might Also Like

No Comments

(Required)
(Required, will not be published)
*
error: Content is protected !!