Nissan

Nissan Almera Eco Car

October 11, 2011

20111011-091356.jpg

Nissan Motor Thailand telah melancarkan model eco car Almera. Model ini menggunakan platform V model Micra. Model Micra sudahpun dijual di Thailand juga pada kategori eco car. Projek eco car mendapat insentif dari kerajaan Thai demi matlamat dunia yang lebih hijau.

20111011-091433.jpg

Model ini menggunakan enjin 1.2 liter 3 silinder yang menjana kuasa sebanyak 79hp dipadankan dengan kotak gear XTRONIC CVT. Penjimatan bahan api pula pada 20km/l atau 5l/100km. Model ini dijual pada harga RM42k hingga RM59k.

20111011-091518.jpg

ETCM mungkin membawa masuk model ini dan mungkin atas nama Sunny. Nissan Sunny begitu popular satu ketika dulu dan banyak lagi yang masih berada atas jalan. Baru-baru ini Proton juga ada membuat ujian platform Micra untuk model Emas mereka namun ianya tidak diteruskan atas sebab tertentu. Sebaliknya berita terbaru Proton akan bekerjasama dengan Mitsubishi untuk Emas dan membangunkan enjin 1.2liternya dengan jumlah pelaburan sebanyak rm800 juta. Mungkin ianya berdasarkan platform model Colt atau iMiev.

You Might Also Like

No Comments

(Required)
(Required, will not be published)
*
error: Content is protected !!