Kerajaan mengumumkan tiada had usia dikenakan terhadap sesebuah kenderaan untuk berada atas jalan seperti ura-ura sebelum ini yang menghadkan usia kepada 15tahun sahaja. Tetapi kereta tersebut haruslah melalui pemeriksaan supaya selamat digunakan kata timbalan menteri pengangkutan. Katanya lagi, kementerian amat serius untuk mengurangkan jumlah kemalangan kerana kajian mendapati ianya berkadar terus dengan keadaan kenderaan. Namun kerajaan tidak bercadang untuk menguatkuasakan akta lupus kenderaan seperti yang pernah diwarkan sebelum ini.
Komen admin: Sistem pemeriksaan keselamatan di Malaysia boleh dikatakan masih tiada. Kita perlu belajar dengan negara maju seperti Jepun dalam hal ini. Di Jepun, sesebuah kereta perlulah mempunyai ‘shaken’ atau vehicle inspection sticker. Sticker ini biasanya sah untuk 2 tahun. Untuk mendapatkan sticker ini, kenderaan tersebut akan dinilai dan jika masih boleh digunakan untuk tempoh 2 tahun akan diberikan sticker. Jika tidak boleh bertahan sehingga 2 tahun, maka kereta tersebut gagal dan perlu dulu menukar parts yang sudah haus sebelum sekali lagi menjalani ujian. Untungnya di Jepun adalah apabila road tax keluar, mereka sudah boleh menarik nafas lega kerana kereta mereka boleh bertahan sekurang-kurangnya 2 tahun lagi. Di Malaysia, kita hanya membayar cukai jalan dan insuran yang cukup tinggi namun ianya tidak memberi kesan kepada tahap keselamatan pemanduan.