Ini ada satu gambar yang berkemungkinan adalah Proton Inspira R3 yang diurakan bakal dilancarkan dalam masa terdekat. Inspira R3 ini hanya akan dikeluarkan dalam varian 1.8l manual dengan pakej aksesori bernilai RM9000 termasuklah bodykit dan rim 18 inci. Hanya 100unit sahaja akan dikeluarkan dan tempahan sudah dibuka mulai sekarang sehingga penghujung bulan Disember.
Bagi admin, Inspira sudah pun cantik dengan bodykit 2.0P namun spoiler kecil pada tailgate belakang kurang sesuai. Jika dipasang dengan Lancer GT rear spoiler sudahpun cantik tapi pastinya ada pembeli yang enggan berbuat demikian kerana takut karat apabila ditebuk lubang. Diharap Proton dapat memberikan spoiler lebih baik untuk model Inspira.