Honda

Gambar Spy Shots Honda City Facelift

November 8, 2011

20111109-051001.jpg

Honda City facelift sebenar ditemui di China serupa dengan gambar katalog yang bocor di India baru-baru ini. Bumper depan yang berbentuk V sebelum ini bertukar rekaan kepada bentuk X dengan tekstur hitam pada bahagian air intake. Headlamp dan grilnya pula tiada perubahan. Rimnya juga jenis multispoke dan lebih menarik dari versi S sekarang.

20111109-051412.jpg

Bahagian belakangnya pula direka semula sepenuhnya kecuali bootlid dengan lampu rear combi dan rekaan bumper baru. Nampak lebih segar secara keseluruhan. Enjinnya kekal sama.

Komen admin: Honda City merupakan kereta yang bagus dan perfect dalam banyak segi. Dari enjin ke kotak gear mahupun aksesori memang ianya tiada tandingan dalam kelasnya. Ianya juga menduduki tempat pertama IQS survey yang dijalankan oleh JD Power. Namun dengan Honda dilanda musibah, pelanggan mungkin tidak dapat membeli kereta ini sehingga bekalan komponen pulih dijangka selama 6 bulan.

You Might Also Like

No Comments

(Required)
(Required, will not be published)
*
error: Content is protected !!