Mungkin ramai yang belum melihat Proton Inspira R3 sejak ia mula dibuka untuk tempahan. Admin ada gambarnya di sini yang diambil dari sumber proton-sales. Nampak begitu garang Inspira 1.8l MT ini dengan warna solid white dan bodykit R3.
Inspira R3 menggunakan rim 18 inci jenis Advanti racing dan tayar jenis Yokohama. Dari pandangan sisi memang nampak menarik dengan rekaan bodykit yang simple tetapi menarik.
Spoiler bootlid pula seperti model Inspira 2.0P namun lebih terkeluar sedikit kebelakang. Juga terdapat skirting pada bumper belakang sisi. Bagi admin, bootlid spoiler perlu direka ala-ala Lancer GT supaya nampak lebih menarik.
Menurut sumber, Inspira R3 ini sudahpun 80unit ditempah dan hanya berbaki 20 unit sahaja. Cepat sebelum terlambat untuk mendapatkan pakej R3 bernilai RM9000 ini dengan percuma.