Proton

Proton Juara Keseluruhan Kategori Pemandu Dan Pengeluar Rali APRC

November 7, 2011

20111108-214055.jpg

Proton akhirnya muncul juara berganda keseluruhan rali APRC untuk kategori pengeluar dan pemandu setelah menduduki tempat pertama dan ketiga pada Rali China. Alistair McRae menduduki tempat pertama manakala rakan sepasukannya iaitu Chris Atkinson menduduki tempat ketiga sekaligus memboleh Proton mendapat tempat pertama dan kedua keseluruhan bagi kategori pemandu. Berikut adalah keputusan penuh rali China.

1. Alistair McRae (Proton Satria Neo S2000) 3’00:38, 2. Jari Ketomaa (Mitsubishi Lancer Evo X) 3’01:52, 3. Chris Atkinson (Proton Satria Neo S2000) 3’02:17, 4. Mark Higgins (Mitsubishi Lancer Evo IX) 3’06:24, 5. Wei Hongjie (Mitsubishi Lancer Evo IX) 3’13:12, 6. Rifat Sungkar (Mitsubishi Lancer Evo IX) 3’14:24, 7. Yuya Sumiyama (Mitsubishi Lancer Evo X) 3’14:43, 8.Li Wei (Subaru Imprexa WRX) 3’16:40,9. Han Han (Subaru Imprexa WRX)3’16:41, 10. Pang Jiangdong (Mitsubishi CT9A) 3’20:28.2

Akhirnya Proton telah membuktikan mereka mampu bersaing dengan nama besar lain seperti Mitsubishi dan Subaru dalam arena rali antarabangsa. Satria Neo S2000 yang menggunakan enjin Waja 1.8l yang dipertingkat memang sebuah kereta yang hebat. Tahniah dari admin!

You Might Also Like

No Comments

(Required)
(Required, will not be published)
*
error: Content is protected !!