Ini ada beberapa gambar Proton Saga FLX SE 1.6 CVT yang dikatakan akan dilancarkan pada hari ini dari sumber from-the-news. Walaupun banyak gambar dan spesifikasi yang bocor di internet, masih belum ada kenyataan rasmi dari pihak Proton mengenai pelancarannya yang dikatakan pada hari ini.
Apa pun terpulang pada pihak Proton untuk mengumumkannya. Apa yang masih admin tak faham kenapa bodykitnya tidak dicat dengan warna body. Apakah Proton mahu mencuba sesuatu yang baru? Apa-apa pun sama-samalah kita nantikan kemunculannya.