Proton

Spesifikasi Proton Saga FLX 1.6 SE, Lancar 25hb November Ini

November 24, 2011

20111124-063850.jpg

Proton Saga FLX 1.6 SE akan dilancarkan pada 25hb ini atau esok menurut sumber Facebook EON Berhad. Spesifikasinya juga sudah didedahkan. Ia akan menggunakan enjin Campro IAFM 1.6L dengan kuasa 108hp pada 5750rpm dan tork maksimum 150Nm pada 4000rpm. Ia juga akan menggunakan kotak gear CVT 6 kelajuan sama seperti FLX biasa.

20111124-064025.jpg

Aksesorinya juga amat menarik. Terdapat beg udara berkembar dan fungsi brek ABS dengan EBD. Selain itu juga terdapat stereng dan kerusi kemasan kulit serta pemain MP3 sebagai aksesori standard.

20111124-064115.jpg

Model ini akan dilancarkan esok dan bakal memberi tekanan kepada pesaing iaitu Myvi SE. Apa yang bakal mengejutkan adalah harganya yang dikatakan di bawah paras RM50,000, jauh berbeza dari Myvi SE. Bagi admin, ini merupakan kereta yang amat berbaloi untuk dimiliki.

You Might Also Like

No Comments

(Required)
(Required, will not be published)
*
error: Content is protected !!