Proton

Gambar Enjin CFE Proton Exora Bold

December 11, 2011

20111211-170025.jpg

Proton bakal melancarkan enjin Campro yang dipertingkat iaitu Campro CFE. Gambar diambil dari blog funtastickodesign. CFE adalah kependekan untuk ‘Charge Fuel Enhancement’ yang mungkin diambil dari sistem turbocharge yang meningkatkan kuasa enjin asal kepada 138hp dan pastinya tork yang lebih signifikan iaitu 205Nm pada rpm serendah 2000rpm. Untuk MPV, tork adalah lebih penting untuk bergerak dengan lebih pantas. Ade sumber mengatakan ianya menggunakan sistem IAFM tetapi kelihatan modulnya berbeza dari IAFM sekarang. Juga sebelum ini ada yang mengatakan ianya mempunyai sistem VVT.

20111211-183241.jpg

Proton Exora Bold menandakan satu lagi milestone untuk pengeluar kereta nasional kita dengan pengenalan enjin turbocharged. Proton kini seiring dengan pengeluar lain dengan enjin ‘downsizing’ untuk menepati peraturan pengeluaran asap Eropah yang kini paling ketat didunia. Menurut sumber, Exora Bold akan dilancarkan pada 16 Disember ini. Sama-sama kita nantikan pelncarannya.

You Might Also Like

No Comments

(Required)
(Required, will not be published)
*
error: Content is protected !!