Kia

Kia Optima K5 Dilancarkan Di Malaysia, Harga RM143,888

December 27, 2011

Perfect! Begitulah yang boleh diungkapkan mengenai model terbaru Kia Optima yang telah dilancarkan oleh pemasang dan pengedar rasmi Kia di negara kita iaitu Syarikat Naza. Model yang cukup mengagumkan dunia permotoran terutamanya di Amerika Syarikat ini kini akhirnya tiba di negara kita dengan harga jualan rasmi RM143,888.

Kereta ini menggunakan enjin Theta II bersesaran 2.0liter menghasilkan kuasa 165PS pada 6200rpm dan Tork maksimum 198Nm pada 4600rpm dipadankan dengan kotak gear automatik 6 kelajuan. Antara aksesori yang menarik pada model ini adalah lampu HID Xenon dengan pelaras automatik, DRL, lampu kabus, lampu pasangan belakang LED, rim alloy, cermin sisi boleh lipat automatik dan spoiler belakang bawah.

Juga ia menggunakan kemasan kulit pada bahagian dalam, roda stereng dengan pedal penukar gear dan kawalan audio, pemaduan ECO, kawalan luncuran automatik, radio dengan penukar 6 CD dan fungsi AUX untuk iPod dan hubungan USB.

Sumber: paultan.org

You Might Also Like

No Comments

(Required)
(Required, will not be published)
*
error: Content is protected !!