Suzuki

MPV Terbaru Suzuki : Ertiga

December 27, 2011

Suzuki telah dilaporkan akan melancarkan model MPV kecil terbaru yang dipanggil Ertiga hasil kerjasama dengan pengeluar dari India iaitu syarikat Maruti. Menurut sumber, model ini kemungkinan hanya akan dijual untuk pasaran India sahaja buat permulaaan untuk bersaing dengan Toyota Innova.

Lampu hadapannya menyerupai Mazda 8 namun side profilenya adalah campuran Perodua Alza dan Nissan Grand Livina. Model ini bakal menggunakan enjin 1.4liter K series yang menghasilkan kuasa 94bhp dan 130Nm tork.Juga terdapat varian enjin 1.3liter Fiat menghasilkan kuasa 90bhp dan 200Nm tork.

Belum pasti samada Suzuki Malaysia mahu membawa model ini masuk atau tidak namun jika dibawa masuk mungkin ramai yang akan berminat jika trim option lebih mewah untuk bersaing dengan MPV-MPV lain.

You Might Also Like

No Comments

(Required)
(Required, will not be published)
*
error: Content is protected !!