Latest

Proton Exora Bold Dalam Kelasnya Tersendiri

Proton Exora Bold telahpun dilancarkan secara rasmi hari ini. Pihak Proton akan mengadakan ‘Proton 4 U Day’ bermula hari ini hingga 18 Disember dengan terdapat door gift untuk mereka yang membuat pandu uji model Exora Bold. Gambar-gambar Exora Bold ini telah diambil dari blog prodas.wordpress.com dari Proton Edar Pontian. Bagi admin, Proton Exora Bold merupakan produk terbaik dari Proton setakat ini yang dibangunkan sendiri. Paling jelas adalah enjinnya yang menggunakan enjin turbocharged yang dipanggil CFE menghasilkan kuasa 138hp dan 205Nm tork sama seperti enjin 2.0 liter beraspirasi normal. Ianya juga menggunakan kotak gear CVT dengan fungsi SAT atau Stepped Auto Transmission.

Side profilenya juga lebih menarik dengan penambahan skirting keliling baru. Skirting sisinya mungkin carry over dari Exora MC namun gabungan skirting bumper depan dan belakang yang baru dapat mengubah dan memberi kesegaran baru kepada rupabentuknya. Rekaan rim baru 16 inci juga tidak mengecewakan.

Bahagian belakangnya pula nampak lebih kurang sama kecuali skirting bumper belakang yang baru dan lampu combination dengan cover jenis smoked. Bagi admin, licence plate atau backdoor garnish tidak perlu untuk terlalu besar cukup untuk kawasan licence plate sahaja. Juga wiper belakang jika ‘mount’ pada cermin belakang mungkin nampak lebih ‘solid’ dan menawan seperti Grand Livina.

Banyak juga aksesori kereta mewah seperti kerusi, stereng dan door trim balutan kulit.Konsol tengah juga match dengan warna instrumen panel. Instrumen panel Exora amat praktikal dan OK tetapi ‘built quality’ nampak tidak begitu baik terutamanya gap yang tidak konsisten pada airbag cover, compartment atas dan glove box.

Satu lagi aksesori menarik pada Exora Bold adalah skrin reverse kamera yang terletak pada center mirror dan jika kita ingat, ianya adalah sama seperti yang ada pada model KIA Forte. Bagi admin, secara keseluruhan, Exora Bold CFE adalah satu ‘breakthrough’ teknologi untuk kereta buatan nasional dan pencapaian ini amat membanggakan rakyat negara kita. Kita harap, dengan pengenalan teknologi canggih sebegini, jaminan kualiti bina dalam perlulah seiring supaya dapat meningkatkan imej Proton. Sila teruskan bacaan untuk lihat galeri Proton Exora Bold CFE.

Harga tentative OTR Exora Bold
Exora 1.6 standard MT -RM 59998.
Exora Bold 1.6 exe MT – RM 70998
Exora bold 1.6 exe AT – RM 74998
Exora bold 1.6 premium cvt – 79998
Prime 1.6 premium -RM 88998

Related Posts with Thumbnails

No Comments

(Required)
(Required, will not be published)
*
Scroll To Top