Proton

Proton Exora Bold Sedang Diangkut Ke Showroom

December 9, 2011

20111210-032537.jpg

Proton Exora Bold yang juga dikenali sebagai sebagai Exora Turbo sebelum ini ditangkap sedang diangkut ke showroom oleh blog paultan.org. Gambar menunjukkan sebuah kereta untuk test drivw dengan pelekat ‘CFE Inside’. Menurut sumber, CFE adalah kependekan untuk ‘Charged Fuel Enhancement’ satu terma baru untuk enjin turbo Proton. Juga dipetik bahawa enjin turbonya adalah menggunakan sistem IAFM dan suntikan terus bahanapi atau direct injection. Tidak pasti samada ada fungsi VVT atau tidak pada enjin ini. Kuasa yang dijana enjin ini adalah sebanyak 138hp dan tork sebanyak 205Nm seawal 2000rpm. Enjin ini dipadankan dengan kotak gear CVT Punch Motive. Juga perubahan untuk Exora ini adalah seperti di bawah:

1st -reverse camera – small screen on room mirror
2nd – auto flip side mirror
3rd – new version dvd player
4th – 5 pcs of 16″ sport rim
5th – new comb meter scheme with 240km/h speed meter
6th – new colour scheme for interior trim part

Bagi admin, Exora Bold ini cukup berbaloi untuk dibeli berdasarkan pakej yang ditawarkan. Enjin turbo sudah boleh dikatakan sepadan dengan enjin sejenisnyab seperti Ford Ecoboost dan sebagainya. Diharap enjin ini lebih smooth dengan ‘calibration’ untuk padanan gearbox CVT dibuat dengan lebih teliti. Harganya dikatakan RM6 ribu lebih mahal daripada model Hi-Line sedia ada sekarang. Syabas Proton!

You Might Also Like

No Comments

(Required)
(Required, will not be published)
*
error: Content is protected !!