Proton

Proton Peroleh Malaysia Book of Record

December 4, 2011

20111204-215916.jpg

Proton mencatatkan anugerah Malaysia Book Of Record kerana berjaya memenangi 8 pusingan utama dalam satu kejohanan iaitu rali APRC di mana Proton menjadi juara keseluruhan kategori pemandu dan pengeluar. Ini merupakan kejayaan yang amat bernilai untuk Proton demi pembangunan jenamanya.

20111204-215951.jpg

Proton Satria Neo S2000 (atas) memang sebuah kereta rali yang mantap terima kasih atas kehebatan chassis dan handlingnya. Ini diakui sendiri oleh Atkinson, pemandu kereta ini di kejohanan APRC. Ia menggunakan enjin Waja 1.8l dari Renault yanh diubahsuai ‘bore’ dan ‘stroke’nya menjadi 2.0liter. Apa pun enjin Renault memang reliable cuma penyelenggaraannya masih kurang di negara kita kerana sudah berdekad dikuasai oleh enjin dari Jepun.

Apa pun kejayaan yang dikecapi tidak membuatkan Proton leka dan tidak mengambil kira kepuasaan pengguna untuk ‘road car’ mereka. Pastinya sebagai rakyat Malaysia yang rata-rata hanya mampu membeli Proton, pastinya mereka mahukan kereta-kereta Proton setaraf dengan pengeluar lain. Justeru, para jurutera Proton haruslah lebih peka dengan produk mereka. Styling amat penting dan dilihat kebanyakan kita mahukan kereta yang mempunyai rekaan yang menarik. Diharap model terbaru kali ini tidak menghampakan lagi.

You Might Also Like

No Comments

(Required)
(Required, will not be published)
*
error: Content is protected !!