Proton Saga FLX SE 1.6l dengan kotak gear CVT 6 kelajuan telahpun dilancarkan oleh Proton. Masa pulang tadi admin singgah showroom Proton dan meminta izin untuk ambil gambar model facelift terbaru Proton ini.
Pakej skirtingnya kali ini menggunakan warna brown, sesuatu yang baru bagi sebuah pengeluar kereta kerana selalunya ia akan menyamai warna body. Namun lepas dilihat dengan lebih dekat, nampak menarik juga dan mungkin lebih padan dengan warna fire red dari solid white admin lihat. Lampu belakang kali ini dengan cover telus pandang dan sedikit gelap. Bagi admin, lampu dengan warna konvensional adalah lebih selamat ketika cuaca terang.
Enjinnya pula adalah Campro 1.6l IAFM dipadankan dengan kotak gear CVT 6 kelajuan. IAFM adalah singkatan kepada intake air flow module yang mengawal aliran udara masuk ke kebuk pembakaran untuk penghasilan pembakaran bahanapi yang lebih optimum. Dengan kotak gear CVT, tiada lagi rasa pertukaran gear atau ‘jerking’ yang ada pada gear automatik biasa namun mungkin ada yang terasa hilang feeling pickup. CVT juga terbukti menjimatkan kerana ratio gear yang tinggi. Ratio gear yang tinggi membolehkan enjin kekal pada rpm rendah walaupun pada kelajuan yang tinggi.
Dari segi dalamannya, kini ianya dengan trim kemasan kulit pada door trim, seat, gear lever dan juga stereng. Bagi admin, rekaannya dalamannya perlulah lebih up to date seperti menggunakan gear jenis gate dan juga kemasan panel ornamen. Apapun dengan harga maksima RM49,899, bagi admin Saga FLX SE 1.6 ini adalah kereta yang amat berbaloi untuk dimiliki semua.