Proton

Spy Shots Interior Proton P3-21A

December 28, 2011

Akhirnya dapat juga kita menyaksikan walaupun dalam keadaan kurang jelas interior model global Proton yang dipanggil dengan kod nama P3-21A ketika ini. Nampak dashboard atau instrumen panelnya agak besar dan konsol tengah sedikit ke arah pemandu. Apa yang kita dapat lihat juga kedudukan stereng yang sedikit tegak tidak seperti model-model sedan sebelum ini (kecuali Inspira) yang lebih condong. Pasti Proton perlu lebih berhati-hati dalam memilih material agar tidak kelihatan murah seperti model-model sebelum ini. Gambar ini diambil dari video youtube di bawah yang diambil oleh saudara Feleceh ketika dalam perjalanan dari Melaka ke utara.

Pelancaran model P3-21A ini (dulu dikenali sebagai Persona R) dijangka pada bulan 3 tahun depan dengan varian tertinggi dijangka akan menampilkan enjin CFE seperti yang diguna pada Exora. Belum ada khabar angin mengenai aksesorinya namun beberapa sumber ada mengatakan ianya bakal mempunyai 6 airbag dan sistem keselamatan ESP dari Bosch.

You Might Also Like

No Comments

(Required)
(Required, will not be published)
*
error: Content is protected !!