Proton

Spyshots Proton P3-21A Di Lebuhraya Karak

December 6, 2011

20111206-222217.jpg

Proton P3-21A, model global pertama Proton dijumpai oleh pembaca blog paultan sedang melakukan ujian halaju tinggi di lebuhraya Karak. Unit kali ini masih lagi bertampal tape namun lampu belakangnya agak sedikit terbuka. Apa pun bahagian hadapannya sudah kita ketahui pada spyshots gambar sebenar P3-21Asebelum ini.

20111206-223030.jpg

Dari gambar kedua ini dapat jelas kita perhatikan penumpang hadapannya dan jika perhatikan, kepala pemandu dan penumpang hampir mencecah roof liningnya. Apakah model ini juga masih mempunyai roof yang rendah seperti model-model mereka sebelum ini? Diharap ini hanyalah mainan mata admin dan diharap model ini mempunyai ‘seating position’ yang baik tidak seperti model Persona sekarang. Side mirrornya juga nampak lain sedikit dari Persona mungkin ada option auto retractable untuk model ini.

20111206-223448.jpg

Apa pun tak banyak yang boleh kita katakan dengan spyshots kali ini. Kita tunggu lagi sehingga ada spyshots yang lebih jelas untuk maklumat lebih lanjut lebih-lebih lagi untuk rekaan dalamnnya.

You Might Also Like

No Comments

(Required)
(Required, will not be published)
*
error: Content is protected !!