Proton

Lagi Spy Shots Proton P3-21A Ditemui

February 5, 2012

20120205-220438.jpg

Ini ada spy shots model p3-21A Proton yang diambil dari laman facebook paultan. Nampak kereta ini agak kurang dibalut tape dan profilenya nampak lebih jelas. Rekaan C pillarnya agak unik dengan ada lagi cermin? selepas quarter glass. Ini menarik kerana pertama kali admin lihat rekaan sebegini.

20120205-221140.jpg

Pasti berbaloi untuk menunggu model P3-21A ini dengan kelengkapan dan aksesori yang menarik. Selain menggunakan enjin turbocharged CFE dan CVT, terdapat banyak lagi aksesori kereta global seperti paddle shifter, start stop button, meter pelbagai paparan dan banyak lagi disamping ciri keselamatan seperti ABS, EBD, BA dan ESP. Apa yang admin harapkan Proton lebih berhati-hati dengan ‘fit and finish’ pasangan part, ketahanan komponen seperti door handle serta ‘Noise, Vibration and Harshness (NVH)’. NVH amat penting terutamanya cabin noise yang amat bergantung pada insulator terutamanya pada dash dan cowl panel dan juga A dan B pillar.

*Blog ini dah lama tak berupdate disebabkan admin mengalami demam denggi. Kawasan tempat tinggal admin di Seksyen 7 Shah Alam memang kawasan hitam. Nasihat admin kepada rakan blog agar segera mendapat pemeriksaan darah jika demam yang teruk sehingga sendi-sendi berasa sakit. Terima kasih kerana masih support blog sembang-auto.com ini.

You Might Also Like

No Comments

(Required)
(Required, will not be published)
*
error: Content is protected !!