McLaren MP4-12C, produk terbaru dari pembuat kereta supercar terkenal dari Britain telah ditemui di JPJ Putrajaya mungkin untuk urusan proses ‘homologation’ sebelum dijual secara rasmi di negara kita. Model ini dikatakan bersaing dengan model Ferrari 458 Italia.
Kereta super ini menggunakan enjin 3.8l turbo berkembar V8 pasangan belakang dengan kotak gear dual clutch 7 kelajuan. Enjin ini menghasilkan kuasa 592bhp dan 601Nm tork. Agaknya ke mana pemandu kereta ini mahu memecut dengan enjin sebegini hebat?
Rekaan dalamannya boleh dikatakan lebih simple dari Ferrari 458. Seperti supercar lain, interiornya adalah driver oriented dan mempunyai butang kawalan yang mudah. Sama seperti Lotus Evora IPS, konsol tengah hanya mempunyai butang P, D dan R sahaja. Bagi admin jika mahu interior futuristik, Lexus LF-A adalah jawapannya. Namun LF-A adalah terhad dan ianya tidak dijual di negara kita. Pasti hebat kereta ini terutamanya di atas lebuh raya.
Sumber: blogsehenti.blogspot.com