Proton

Terkini! Gambar Sebenar Proton Global Small Car Bocor Di Internet

June 16, 2014

20140616-192937.jpg

Proton Global Small Car akhirnya menunjukkan rupa sebenarnya. Gambar ini di ambil dari blog popular funtasticko.net. Apa yang admin katakan rekaan bahagian hadapannya memang cukup menarik. Lampu hadapan dari jenis projektor dengan kemasan ala Volkswagen. Gril hadapannya juga amat padan dengan lampu dan seimbang dengan logo Proton. Kemasan chrome juga padan dengan rekaan gril. Memang mengujakan dan bakal menjadikannya daya tarikan utama kepada pembeli.

20140616-193236.jpg

Rekaan belakangnya pula mungkin boleh diperbaiki lagi. Nampak agak kosong terutamanya di bahagian tailgate. Lebih menarik jika tempat nombor pendaftaran di letakkan di bahagian panel pintu dan diberikan kemasan ‘garnish’ chrome. Sebagai ganti, bahagian bumper boleh diletakkan diffiuser untuk kelihatan lebih sporty.

Bahagian dalaman model ini dikatakan adalah yang terbaik dari Proton dengan rekaan terkini dan juga penetapan posisi panel instrumen yang lebih baik. Pendapat ini berdasarkan gambar-gambar spyshot yang kita lihat sebelum ini. Kereta ini juga bakal mempunyai aspek keselamatan terbaik dengan teknologi program penstabilan secara elektronik dan pemanduan yang mantap dengan chassis talaan Lotus. Bagaimana pendapat anda? Kongsikan dengan kami.

You Might Also Like

No Comments

error: Content is protected !!