Uncategorized

Gambar Perodua Myvi Facelift Baru!

December 18, 2014

myvi baru depan

Salam semua. Dah agak lama admin tidak menulis blog. Ketika melayari internet terjumpa pula gambar model Myvi facelift! Sekali, dua kali, 3 kali pandang pun memang ianya adalah Myvi, kereta paling popular di negara kita. Rupabentuk facelift kali ini tampil dengan imej lebih agresif dan lebih dinamik dengan rekaan headlamp yang lebih tajam dan bumper baharu yang lebih sporty. Ianya seakan-akan mirip Axia namun ianya lebih dinamik. Juga dapat dilihat sensor pada bumper hadapan mungkin ianya ialah parking sensor hadapan. Gril hadapan pula berbentuk ‘honeycomb’ untuk lebih sporty.

myvi baru belakang

Bahagian belakang juga menggunakan bumper rekaan baru dengan menggabungkan styling Myvi extreme sebelum ini tanpa menggunakan skirting tambahan. Lampu rear combination juga dari jenis smoke untuk lebih menawan. Jika anda perasaan, sport rim juga mendapat rekaan baru dengan mempunyai lebih bilah seperti turbin berbanding sebelum ini. Spoiler backdoor pula nampak seperti Myvi SE model sekarang.

myvi baru dalam

 

Bahagian dalaman juga tampak sedikit berbeza terutamanya pada meter cluster kali ini dengan background warna putih yang lebih sporty. Sterengnya juga dibalut kulit dan terdapat juga skrin multimedia dengan rekaan baru. Mungkin ini adalah varian 1.5 SE kerana spesifikasinya dilihat lebih kurang sama dengan 1.5 SE sekarang. Apa yang menjadi persoalan ialah airbag penumpang nampak seperti dipasang berasingan dengan dashboard berbanding model sekarang yang airbagnya diletakkan sekali dalam satu acuan.

myvi baru demo car

 

Warna biru atlantik memang padan dengan model ini. Pada pendapat admin kereta ini bakal mengekalkan reputasinya sebagai pilihan nombor satu rakyat Malaysia. Admin juga mempunyai sebuah model ini iaitu SE 1.3 auto setakat ini memang mudah dikendalikan dan ekonomikal. Apa pendapat anda?

 

You Might Also Like

No Comments

(Required)
(Required, will not be published)
*
error: Content is protected !!