Uncategorized

Kerjaya Jeremy Clarkson Di Top Gear Berakhir

March 26, 2015

 

Pengacara rancangan automotive tersohor Top Gear, Jeremy Clarkson dilaporkan tidak disambung kontrak oleh BBC berikutan perbalahan dan pergaduhan kecil dengan krew penerbit rancangan tersebut. Dengan pengumuman ini, berakhirlah karier beliau di Top Gear. Apakah rancangan Top Gear masih akan diterima oleh penonton kerana Clarkson nyata begitu memberi impak dan menghiburkan penonton.

Clarkson yang juga mempunyai skill pemanduan kereta yang hebat berkata, beliau berkemungkinan akan  membuat rancangan yang baru, sambil berkata untuk menyaingi Top Gear bukanlah sesuatu yang sukar kerana sebelum popular, beliau juga bermula dari bawah.

Bagi admin, satu kehilangan yang besar untuk peminat Top Gear seluruh dunia. Kiasan yang beliau gunakan sambil berjenaka ketika memberi komen dan ulasan mengenai sesebuah model kereta sangat menghiburkan. Kita berharap agar Jeremy Clarkson dapat kembali di arena rancangan permotoran semula lepas ini. 

P/s: Antara rancangan Top Gear terbaik bagi admin.

http://m.youtube.com/watch?v=YXFSVoVqhYw

You Might Also Like

No Comments

error: Content is protected !!