Uncategorized

Toyota Aqua (Prius C) Kereta Paling Jimat Minyak di Jepun

March 28, 2015

 

Toyota Aqua atau lebih dikenali sebagai Prius C di Malaysia telah mendapat tempat pertama dalam ranking penjimatan bahanapi bagi kategori bukan mini. Ia mampu bergerak sejauh 37km bagi seliter petrol. Tempat kedua pula dimenangi oleh Honda Fit Hybrid dengan penjimatan 36.4km/liter dan Honda Grace menduduki tempat ketiga dengan penjimatan 34.4km/liter. 

 

Honda Grace adalah Honda City Hybrid yang dijual di Jepun  dengan nama Grace. Honda Malaysia dikatakan bakal melancarkan model ini tidak lama lagi kita harapkan model yang akan dipasarkan di negara kita adalah yang sama dengan Grace di Jepun. Sembilan dari 10 kereta dalam 10 ranking teratas adalah dari jenis Hybrid manakala Mazda Demio atau Mazda 2 diesel menduduki tempat ke sepuluh.

You Might Also Like

No Comments

error: Content is protected !!