Toyota

Toyota Corolla Altis Edisi Nurburgring 

March 24, 2015

  

Toyota Corolla Altis edisi Nurburgring akan dibina dan di jual di negara jiran kita Thailand sempena kejayaan model ini menduduki tempat ke 7 di perlumbaan Nurburgring 24jam tahun lepas. Tampil dengan lebih garang, model edisi terhad ini didatangkan dengan rim 17 inci, bodykit keliling, diffuser kosmetik dan grill warna hitam piano.

  

Bahagian dalamanya berwarna serba hitam dengan kerusi kemasan kulit. Kemasan terperinci merah juga diberi pada door panel dan dashboard untuk nampak lebih garang dan sporty.

  

  

Toyota telah berjaya menyaingi rekabentuk sedan kelas C pengeluar Jepun yang lain setelah lama didominasi oleh Honda Civic. Altis model baru ini lebih menarik berbanding model sebelumnya dengan rekaan yang lebih moden dan memikat. Edisi Nurburgring ini lebih hebat lagi. Tidak pasti samada bodykit ini akan dijual di negara kita atau tidak. 

You Might Also Like

No Comments

error: Content is protected !!