Lotus, Proton

Proton dan Lotus Meterai Usaha Sama Dengan Goldstar

April 17, 2015

  

Proton dan Lotus telah memeterai usaha sama baru dengan syarikat Goldstar Heavy Industries dari China untuk pembangunan dan pemasaran kenderaan Lotus di China. Perjanjian telah ditandatangani oleh Pengerusi Proton, Tun Dr Mahathir di Kuala Lumpur.

Menurut CEO Lotus, China merupakan salah satu pasaran penting bagi Lotus dan menjangkakan ianya akan terus berkembang pada kadar yang pantas.

Syarikat usahasama tersebut diberi nama Goldstar Lotus Automobile Co Ltd akan menjalankan penyelidikan teknologi tinggi, mengeluar, memasarkan dan menguruskan khidmat lepas jualan kenderaan jenama Lotus.

Komen admin: Satu strategi yang baik untuk Proton kerana China merupakan pasaran kenderaan terbesar di dunia pada masa ini. Juga dengan jenama Lotus yang sudah terkenal, JV ini pasti akan membuahkan hasil.

Sumber: Malaymail

You Might Also Like

No Comments

error: Content is protected !!