Proton

Proton Jemput Ahli Perniagaan Sertai Program Pengembangan Pusat 3S

April 16, 2015

  

Proton kini sedang dalam proses penambahbaikan khidmat lepas jualan mereka menjemput ahli perniagaan untuk menyertai mereka dalam program pengembangan pusat 3S (Sales, Service dan Spare Parts). Menurut CEO mereka, Dato Abdul Harith, pengembangan pusat 3S adalah salah satu dari pelan perkembangan kumpulan mereka. Ia melibatkan proses rationalisasi 413 pengedar Proton termasuk pusat 3S untuk mengekalkan keuntungan dan menambah baik khidmat lepas jualan. 

Bagi admin, Ianya merupakan satu usaha yang baik dari pihak Proton yang diakui masih lemah dalam aspek khidmat lepas jualan mereka. Mereka masih di tahap bawah purata indeks kepuasan pelanggan berbanding Perodua yang mencapai indeks yang lebih baik. 

   

 

Dengan imej pusat 3S yang baik, sedikit sebanyak boleh menarik pelanggan untuk datang ke show room, selain dari pelancaran model baru. Juga boleh menambah pendapatan melalui daftar masuk servis yang banyak. 

Admin cadangkan Proton untuk menukar warna servis center mereka dari biru ke Silver seperti Nissan, Honda dan lain-lain supaya nampak lebih premium. Logo Proton juga ditukar kepada yang berwarna hitam dan chrome berbanding biru yang selalu ada di servis center mereka.

Sumber: Bernama

You Might Also Like

No Comments

error: Content is protected !!