Toyota

Toyota Crown Sambut Hari Lahir ke 60, 2 Warna Edisi Terhad Ditawarkan

April 13, 2015

  

Toyota Crown, lambang kemewahan gaya hidup rakyat Jepun, menyambut hari lahirnya yang keenam puluh tahun ini. Sempena sambutan hari lahir Toyota Crown, 2 warna edisi terhad telah ditawarkan iaitu ‘biru langit’ dan ‘rumput hijau muda’. Tempahan edisi terhad ini hanya dibuka selama sebulan sahaja bermula dari 1 April hingga 30 April 2015. 

  
   
   

Kemasan dalamannya juga didatangkan dengan trim berwarna hitam dan putih, membezakan dengan model biasa dan memberikan perasaan yang berbeza untuk model ulangtahun Crown. Toyota Crown edisi terhad ini dijual dengan harga bermula 5.55 juta yen bersamaan RM180ribu. 

sumber: autoc-one.jp

You Might Also Like

No Comments

error: Content is protected !!