Toyota

Toyota Malaysia Lancarkan Camry Facelift 2015, Varian Hybrid Diperkenal

April 3, 2015

 

UMW Toyota Motor telah melancarkan model Camry facelift dengan 3 varian iaitu 2.0 E, 2.0 G dan juga 2.5 Hybrid. Perubahan yang ketara dari rekabentuk hadapan dengan penambahan lampu daytime running light (drl) dan juga rekaan gril dan bumper yang lebih sporty. 

 

Ianya bukan sekadar facelift biasa tetapi Toyota telah menggunakan enjin D4-S dengan VVTi-W dan kotak gear 6 kelajuan (E-CVT untuk varian Hybrid) serba baru. Dengan perubahan ini, Camry menjadi peneraju dari segi teknologi berbanding Honda Accord dan juga Nissan Teana. Teknologi VVTi-W membolehkan pemasa injap masuk dan keluar melakukan operasi Atkinson Cycle ketika enjin dalam kelajuan rendah manakala D4-S pula meninggikan tekanan bahanapi ke silinder pembakaran untuk pembakaran yang optimum seterusnya menghasilkan penggunaan bahanapi yang lebih cekap dan jimat. Kotak gear 6 kelajuan dan E-CVT(Hybrid)  membolehkan pemanduan lebih lancar dan selesa.

  

UMW Toyota juga pertama kali menampilkan model Hybrid pemasangan secara CKD di kilang Shah Alam dengan pengenalan model Camry Hybrid 2015 ini. Dengan pemasangan secara tempatan, Camry Hybrid menikmati insentif cukai dari kerajaan di bawah program EEV. Ini terbukti dengan harga jualannya yang lebih murah berbanding varian 2.5liter petrolnya sebelum ini dan lebih murah berbanding pesaing lain dalam segmen yang sama.

  

Camry Hybrid menggunakan teknologi Hybrid penuh Toyota yang telah terjual melebihi 3 juta unit di seluruh dunia selari dengan komitmen Toyota Motor Co., (TMC) terhadap kereta mesra alam. Dengan kombinasi enjin dan motor elektrik, Camry Hybrid menghasilkan kuasa 205PS dan 270NM tork, menjadikan ianya model yang paling berkuasa dalam kelas eksekutif segmen D. Dengan teknologi dan aksesori yang ditampilkan, Camry Hybrid menjadi pemain tercanggih dalam kelasnya dan juga harga yang lebih murah berbanding pesaing lain. Camry facelift 2015 dijual pada harga:

Camry 2.0E : RM149,900 otr 

Camry 2.0G : RM159,900 otr

Camry 2.5L Hybrid : RM174,900 otr

 

You Might Also Like

No Comments

error: Content is protected !!