News, Toyota

42,600 Unit Alphard, Vellfire Ditempah Sebulan Selepas Dilancarkan

May 16, 2015

  

Generasi baru MPV besar popular, Toyota Alphard dan Vellfire telah menerima 42,600 unit tempahan di Jepun pada bulan pertama pelancarannya. Data yang dikeluarkan oleh portal Toyota juga menunjukkan tempahan untuk Vellfire melebihi sedikit Alphard. Strategi pemasaran Toyota dilihat berjaya dengan mempelbagaikan model dari asas yang sama. Selain itu juga, terdapat MPV kelas pertengahan seperti Noah dan Voxy. Menggunakan platform yang sama, Noah direka lebih kepada golongan pertengahan umur manakala Voxy lebih kepada golongan yang lebih muda. UMW Toyota dikatakan bercadang membawa masuk model Noah dan Voxy ke Malaysia. Namun belum ada pengumuman rasmi mengenainya.

Sumber: Toyota.co.jp

You Might Also Like

No Comments

error: Content is protected !!