Honda

Honda Shuttle Dilancarkan di Jepun

May 16, 2015

  

Honda Motor Co., Ltd telah melancarkan model Shuttle di Jepun. Ia merupakan sebuah compact wagon. Bentuknya seperti MPV namun ianya hanya mempunyai kapasiti 5 tempat duduk sahaja. Kelebihannya adalah, kerana ianya sejenis wagon, ruang kargo yang lebih besar. Kerusinya juga boleh diturunkan untuk memberikan ruang kargo yang maksimum. 

   
 

Honda Shuttle ditawarkan dengan dua model iaitu hibrid dan petrol. Kedua-duanya dengan pilihan pacuan FF 2WD atau 4WD. Dikuasakan dengan enjin 1.5liter, model hibrid boleh mencapai sehingga 34km untuk seliter minyak manakala model petrol pada 19 hingga 21km/liter minyak. 

   
   

Honda Shuttle sebelum ini tidak dibawa masuk ke pasaran Malaysia. Dengan pelancaran Honda Shuttle, Honda menambahkan barisan model kompak mereka di Jepun selain dari Fit (Jazz), Grace (City)dan Vezel (HRV). Harganya bermula dari RM55K di Jepun. 

Sumber: cliccar

You Might Also Like

No Comments

error: Content is protected !!