News

Jazeman Jaafar Menang Perlumbaan Siri Formula Renault 3.5 Kali Pertama!

May 25, 2015

  

Masih ingatkah anda dengan Jazeman Jaafar? Beliau adalah pelumba muda yang berbakat besar dalam sukan permotoran dan kini berpangkalan di London, England. Beliau telah memenangi kejuaraan sulung dalam siri Formula Renault 3.5 di perlumbaan sokongan Grand Prix Formula 1 Monaco minggu lepas. 

  
Beliau yang mewakili pasukan Fortec bermula dari petak hadapan mengungguli perlumbaan itu sejak awal hingga ke penamat. Kita harapkan beliau lebih bersinar lepas ini dan dapat mewakili negara dalam sukan F1 seperti Alex Yoong dan Fairuz Fauzy sebelum ini. Tahniah diucapkan.

Sumber: autosport

You Might Also Like

No Comments

error: Content is protected !!