News

Kedah Bakal Jadi Hab Kereta Elektrik

May 16, 2015

  

Beijing Auto International Cooperation (BAIC) berhasrat untuk menjadikan Malaysia sebagai hab kereta elektrik untuk pasaran Asia Tenggara. BAIC telah menandatangani perjanjian dengan syarikat tempatan Amber Dual Sdn Bhd di kilang BAIC di Beijing. Menurut MB Kedah Dato’ Mukhriz yang menyaksikan majlis itu, kilang akan dibina di Gurun Kedah dan batch pertama akan dikeluarkan pada Julai tahun hadapan. Dato’ Mukhriz berkata industri automotif Kedah sedang pesat membangun dan bakal meningkatkan ekonomi setempat. BAIC merupakan pengeluar kereta EV terbesar di China dan kedua terbesar di dunia.

Sumber: The rakyat post

You Might Also Like

No Comments

error: Content is protected !!