Perodua

Model Perodua Sedan ( kod D63D)

May 22, 2015

Adakah Perodua akan membina model sedan yang mereka umumkan baru-baru ini bermula dari lakaran? Sebelum ini Perodua hanya ‘rebadge’ model Daihatsu untuk dijadikan model-model mereka. Tapi kali ini pihak Daihatsu memang tidak mempunyai model sedan di Jepun jadi timbul persoalan adakah Perodua akan bangunkan model sedan dengan kepakaran tempatan? Sebelum ini mereka juga ada menunjukkan kereta konsep sedan Perodua Buddyz yang berfungsi sepenuhnya.


Ataupun mungkin mereka akan menggunakan platform model Toyota Etios yang kini dipasarkan di India dan beberapa negara lain.  Toyota etios mempunyai asas roda yang lebih panjang dari Myvi dan Axia. Namun kami percaya Perodua dengan kemampuan mereka akan menggunakan platform baru sepenuhnya atau berasaskan platform sedia ada mereka.

You Might Also Like

No Comments

(Required)
(Required, will not be published)
*
error: Content is protected !!