News, Perodua

Perodua Buka Pusat 3S Mega ‘Perodua Sentral’ di Petaling Jaya

May 6, 2015

  

Perodua telah membuka pusat 3S terbesarnya di seksyen 19 Petaling Jaya yang dinamakan Perodua Sentral. Dibina dengan kos RM40 juta, fokus diberikan untuk kelancaran operasi jualan dan khidmat lepas jualan dengan keselesaan pelanggan diutamakan. Ia menempatkan 187 petak parking pelanggan dan 37 petak servis. Ia juga mempunyai sebuah kafe yang menyediakan juadah unik Perodua. Menurut CEO, Dato’ Aminar Rashid, ialah adalah hasil dari program tranformasi 5 tahun dan usaha Perodua untuk meningkatkan piawaian baru untuk pusat jualan dan servis mereka. 

Perodua kini menerajui pasaran di Malaysia terima kasih kepada model-model yang menarik, berkualiti dan mampu milik. Kita harapkan agar kejayaan ini dapat diteruskan oleh Perodua dan mampu bersaing dengan pengeluar global yang lain.

You Might Also Like

No Comments

error: Content is protected !!