Chevrolet, News

Spy shots: Chevrolet Cruze 2016

May 8, 2015

 

Chevrolet Cruz model baru yang bakal dilancarkan pada tahun depan ditemui sedang dalam pembikinan iklan. Dari segi rekaan, Cruz baru kelihatan lebih dinamik dengan garis karektor yang lebih halus. Dengan cermin sisi pasangan panel pintu, sekali imbas nampak seperti Honda Civic. 

   
Lampu hadapannya tidak mempunyai DRL tetapi mempunyai lampu ‘guide’ dan dari jenis projektor. Rekaan bumper juga lebih sporty.

 

Bahagian belakang juga kelihatan simple dan konvensional dengan lampu belakangnya juga mempunyai lamp guide. Bahagian bumper mempunyai reflektor yang besar dan diffuser. 

Chevrolet Cruz adalah antara model Chevrolet yang paling popular di Malaysia dan juga dunia. Cruz telah beberapa kali menjadi juara kejohanan World Touring Car Championship (WTCC) seterusnya menunjukkan kehebatan kejuruteraan automotif Chevrolet.

Sumber: Worldcarfans

You Might Also Like

No Comments

error: Content is protected !!