Tips Kereta

Tips Balik Ke Lembah Klang Dari Selatan (Mesti baca)

May 3, 2015

  

Ramai yang selalu sangkut di lebuhraya utara selatan dari arah selatan ke lembah klang terutamanya pada musim cuti berangkai seperti hujung minggu ini. Walaupun lebuhraya sudah dilebarkan namun masih belum nampak akan penyelesaiannya. Mahukah anda terus terperangkap dalam keadaan ini? Semestinya tidak! Dalam post kali ini admin ingin berkongsi tips untuk elakkan kesesakan ketika anda pulang esok.

  
Mungkin ramai yang sudah tahu satu lebuhraya baru iaitu lebuhraya LEKAS dari Senawang ke Kuala Lumpur? Ramai sudah tahu tapi belum yakin untuk menggunakannya? Ya lebuhraya ini adalah alternatif untuk lebuhraya utara selatan yang sangat sesak. Jika anda dari selatan, anda boleh ambil susur keluar Senawang dan terus ke LEKAS. Namun jalan Senawang sangat sesak kerana banyak lampu isyarat. Dan apa yang memeritkan, trafik sesak bermula dari hentian Pedas lagi! Jadi bagaimana nak lari dari kesesakan? 

  

  
Sebelum memulakan perjalanan dan ketika dalam perjalanan sentiasalah rujuk aplikasi Waze. Waze sangat berguna untuk memberitahu situasi di jalan yang anda akan lalui. Jika anda berada di Pagoh dan sudah mengetahui Pedas sudah sesak, takkan anda nak teruskan perjalanan juga? Anda boleh ambil susur keluar Alor Gajah dan ambil jalan persekutuan nombor ‘1’ (rujuk peta di atas) terus menuju ke Senawang dan ikut LEKAS. Mudah bukan? Jalannya juga elok dan diselenggara dengan baik.

Anda juga boleh rujuk cadangan waktu perjalanan yang dikeluarkan oleh pihak PLUS. Namun begitu biasanya jalan sesak juga. Sharekan artikel ini jika ianya membantu anda. Pesanan admin pandulah dengan cermat dan patuhilah undang-undang lalulintas.
 

You Might Also Like

No Comments

error: Content is protected !!