News, Toyota

Toyota Tambah Kecekapan Bahanapi Model Wish

May 8, 2015

   

Model MPV popular Toyota Wish 1.8L telah dipertingkatkan dari segi kecekapan bahanapi  iaitu dari 15.8km/liter kepada 16.0km/liter di bawah ujian JC08. Pencapaian ini adalah disebabkan oleh penambahbaikan sistem kotak gear CVT. Ia merupakan penjimatan yang baik kerana ujian mod JC08 adalah lebih sukar berbanding sistem mod 10.15 yang digunapakai di Jepun sebelum ini.

  
Apa dia mod ujian JC08? Mod ujian JC08 adalah sistem ujian untuk kecekapan bahanapi di Jepun bermula tahun 2015. Sebelum ini mereka menggunakan mod 10.15. Ujian ini merangkumi 25 aspek, termasuklah keadaan idling, pecutan, pergerakan stabil, nyahpecutan dan semua bentuk penggunaan dalam bandar dan lebuhraya. Perbezaan antara sistem mod 10.15 dan sistem baru mod JC08 adalah halaju maksima dinaikkan dari 70km/h ke 82km/h. Hasilnya kecekapan bahanapi sedikit menurun tetapi ianya lebih realistik dan lebih ‘real world’. Ia juga mensasarkan penjimatan 25peratus bahanapi untuk model-model terbaru dan penanda aras purata penjimatan bahanapi yang mana pada kadar purata industri 13.6km/l.

You Might Also Like

No Comments

error: Content is protected !!