Lotus

Lotus Akan Lancarkan Model Terbaru Minggu Ini

June 25, 2015

  

Anak syarikat Proton Holdings, Lotus Cars akan melancarkan model terbaru mereka di Goodwood Festival of Speed minggu ini. Selain Lotus, Aston Martin juga akan melancarkan model terbaru mereka model Vulcan dengan 800bhp dan juga Ferrari 488 GTB membuat kemunculan pertama di UK.

Menurut CEO Lotus, Jean Marc Gales, ia merupakan kereta paling laju yang pernah dihasilkan oleh Lotus dan model terbaru dalam barisan Lotus. Ianya direka di Norfolk UK akan dilancarkan esok pagi oleh beliau. 

Adakah ianya model baru sepenuhnya atau masih lagi menggunakan model lama yang dipertingkat? Sebelum ini tidak ada berita atau spy shot model serba baru Lotus selain dari model sedia ada yang dipertingkat sahaja. Namun dari gambar teaser di atas, ianya nampal seperti model serba baru yang lebih menarik. Jika kita ingat, Lotus pernah memperagakan konsep model-model baru namun projek itu dihentikan akibat masalah kewangan. Apapun ini adalah surprise untuk peminat-peminat Lotus.

Sumber: edp24.co.uk

You Might Also Like

No Comments

error: Content is protected !!