Proton

Proton Meterai MoU Dengan Suzuki Sebagai Rakan Strategik

June 15, 2015

  

Proton telah memeterai satu MoU dengan pengeluar kereta Jepun iaitu Suzuki Motor Corporation sebagai rakan strategik, pelesenan produk dan kemungkinan pembangunan model secara bersama. Pengerusi Proton, Tun Dr Mahathir berkata, Proton harus belajar dan bekerjasama dengan Suzuki kerana mereka mempunyai teknologi kereta kompak. 

  
Beliau juga menjangkakan Proton dapat membantu Suzuki dalam mengurangkan kos pembangunan model baru dengan penjenamaan semula model-model sedia ada sebelum memasuki fasa pembangunan model bersama. Beliau menjangkakan program rakan strategik ini akan dimuktamadkan pada tahun hadapan.

  
Proton sememangnya memerlukan rakan strategik! Pembangunan model baru yang mencecah RM500 juta seunit bukan sesuatu yang murah dan jika jualan tidak banyak, berkemungkinan akan mencatat kerugian. Jika Suzuki boleh memberikan kerjasama, ia merupakan satu peluang yang baik. Proton SX4? Proton Swift? not bad idea. 

Sumber: astroawani

You Might Also Like

No Comments

(Required)
(Required, will not be published)
*
error: Content is protected !!