Perodua

Adakah Ini Bayangan Model Sedan Perodua?

July 28, 2015

  
Perodua telah memuat naik gambar model sedan konsep pada cover photo facebook page mereka. Adakah ini rekaan model sedan mereka yang sedang mereka bangunkan? Kalau benar nampak rekaannya amat menarik seakan-akan rekaan BMW. Model dengan kod pembangunan D63D yang akan dilancarkan dalam masa 2 tahun dari sekarang.

  
Pastinya ramai yang tertunggu-tunggu model sedan Perodua ini. Beberapa vendor komponen juga telah memuat naik nama projek bagi model sedan ini di laman web mereka. Ada yang mengatakan ianya projek Axia sedan. Apa pun lepas ini pasti banyak lagi gambar-gambar spyshots model ini dan kita akan dapat lihat bagaimana rekaan dan saiz sebenar. Kita harap produk yang terbaik dari Perodua. 

You Might Also Like

No Comments

error: Content is protected !!