• Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Home
  • Admin
  • Pengiklanan
  • Contact
sembang-auto.com

sembang-auto.com

Peneraju informasi automotif Malaysia

Awas!! Perbuatan Sabotaj Kenderaan dan Penipuan Mekanik Di Highway Plus Arah Selatan!

July 16, 2015 by admin

Share this on WhatsApp
Email, RSS Follow

  

  Awasi sindiket sabotaj dan penipuan di  sekitar RnR lebuhraya PLUS arah selatan dari Seremban ke Ayer Keroh! Begitu juga dari Ayer Keroh ke Seremban. Sebelum ini telah ramai yang terkena malah kenalan admin juga sudah kena pada April yang lalu! Dan yang terbaru baru saja admin dapat info seorang ahli Myvi Club telah disabotaj apabila minyak gearbox beliau bocor dan bila diperiksa, oil drain nut pada gearbox sudah dibuka! 

  

Modus operandi mereka adalah apabila mereka lihat kereta ditinggalkan kosong di RnR, mereka akan rosakkan radiator, bocorkan minyak enjin dan gearbox. Apabila pemandu kembali dan meneruskan pemanduan, kereta akan breakdown dan mereka dengan pantas datang untuk beri perkhidmatan towing ke bengkel mereka. Mereka yang terkena tidak punya pilihan kecuali mengikut mereka ke bengkel dan di sana penipuan bermula dengan mereka mengatakan perlu buat complete overhaul! Kerugian boleh mencecah RM3ribu hingga RM4ribu! Jenayah dilakukan tidak mengira bangsa dan pelakunya patut dihukum dengan hukuman berat!

   
 

Gambar whatsapp di atas diambil dari group admin. Member dalam whatsapp group telah kena pada bulan 4 yang lepas. Jadi nasihat admin adalah.

1. Pastikan kereta tidak ditinggalkan kosong atau jika anda memandu seorang diri, pastikan park kereta di tempat yang ramai orang.

2. Pastikan anda tidak melayan orang yang anda tidak kenali

3. Beritahu ahli keluarga dan sahabat akan modus operandi sindiket ini agar mereka sentiasa dalam keadaan awas

4. Periksa keadaan kenderaan anda sebelum memulakan perjalanan semula. Ini boleh mengelakkan kos yang lebih besar jika anda disabotaj

5. Bertenang dan dapatkan khidmat bantuan Plusronda atau Plus WOW. Boleh klik sini untuk info lanjut [BANTUAN PLUS]

>>Mengapakah gaji anda perlu dilindungi dan bagaimana anda boleh melindungi gaji anda? Klik sini untuk maklumat lanjut<<

Telah banyak kes yang berlaku bermula dari tahun 2009 lagi dan banyak laporan polis yelah dibuat namun mereka sangat licik. Pastikan anda mengikuti tips di atas semasa berada di RnR untuk mengelakkan kes-kes begini berlaku. Sila like dan sharekan post ini kepada rakan-rakan anda agar selamat dari kes-kes sabotaj dan penipuan sebegini.

Email, RSS Follow

Share this:

  • Facebook
  • X
Share this on WhatsApp

Filed Under: Informasi Tagged With: penipuan dan sabotaj di RnR

No Comments

Primary Sidebar

Iklan

Like Kami Di Facebook

Hantaran Terkini

  • 5 Model Teratas Pasaran Kereta Di Jepun Untuk Separuh Pertama Tahun 2025 September 20, 2025
  • Proton Persona Capai 1 Juta Kilometer, Pemilik Berasa Bangga Bersama ‘Sahabat’ September 18, 2025
  • 8 Tabiat Pemandu Jepun Yang Boleh Kita Ikuti March 10, 2024
  • Nombor Siri Alphard Vellfire AGH30/35 Berkemungkinan Mengalami Masalah Gearbox December 12, 2023
  • Toyota Bakal Keluarkan Kereta Elektrik Dengan Had Jarak Lebih 1000km, Dijual Pada 2027 September 17, 2023
  • Proton X90 Terbakar: Pemilik Perlu Periksa Di Pusat Servis September 16, 2023
  • Enjin Vellfire Siri 20 Bunyi Bising: Mekanik Buat Ujikaji Buang Balance Shaft September 16, 2023
  • Brosur Vellfire Siri 40 Baharu Bocor Sebelum Pelancaran June 15, 2023
  • Lagi Gambar Alphard Dan Vellfire 2023 Bocor Sebelum Pelancaran June 11, 2023
  • Gambar Toyota Alphard Dan Vellfire Siri 40 Bocor Sebelum Pelancaran Rasmi May 30, 2023

Carian

Copyright © 2026 · Magazine Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in