Tips Kereta

Pengetahuan Asas Alignment Tayar Kereta (Mesti Baca)

July 15, 2015

  
Bertemu lagi kita dalam post kali ini iaitu berkenaan pengetahuan asas dalam alignment tayar kereta. Seperti yang anda tahu, alignment tayar sangat penting kerana alignment tayar yang tidak betul akan menyebabkan tayar haus dengan tidak sekata dan seterusnya menyebabkan kerugian dan lebih penting boleh menyebabkan kemalangan. Alignment boleh berubah kerana;

1. Hentakan yang kuat pada sistem suspensi 

2. Wear and tear pada komponen suspensi

3. Kerosakan parts pada sistem suspensi (spring, absorber, cross member, bushing etc)

Sebab itu pemeriksaan alignment perlu selalu dilakukan. Disyorkan untuk buat pemeriksaan alignment dalam jarak 3 bulan. Anda juga perlu selalu memeriksa keadaan tayar samada bunga tayar masih dalam keadaan baik atau tidak. Jika ada kelainan perlulah segera untuk periksa alignment tayar anda. Semalam admin baru periksa alignment kereta admin (gambar atas). Kali terakhir 3 bulan lepas. Kereta admin menggunakan setup McPherson strut pada bahagian depan dan torsion beam pada bahagian belakang oleh itu alignment hanya perlu pada bahagian depan sahaja kerana torsion beam tidak perlu untuk buat penyelarasan.

  
Ini adalah keputusan dari pemeriksaan komputer kereta admin. Untuk alignment, ada 3 elemen penting yang perlu kita tahu iaitu Caster, Camber dan Toe. Caster adalah darjah kecondongan tayar dari pandangan sisi, Camber dari pandangan depan dan Toe dari pandangan atas. Untuk kebanyakan kereta baru yang menggunakan McPherson, Caster dan Camber tidak boleh diubah dalam tetapan kilang,  namun jika ingin juga ubah, pengguna boleh menukar plate absorber mounting dan bolt camber kepada jenis adjustable jika alignment tidak boleh dibetulkan dengan tetapan kilang.

  
                     Adjustable Camber Bolt

Dalam kes admin, Caster tiada perubahan. Camber tidak lari banyak cuma dalam 0 darjah dan 50 minit pada sebelah kiri dan 0 darjah 16 minit sebelah kanan. Apa yang jadi masalah adalah Toe angle. Tayar sebelah kiri sudah ke dalam dan sebelah kanan sudah keluar. Jadi di sini alignment hanya perlu adjustment pada Toe sahaja. 

   
   

Adjusment dilakukan dengan melonggarkan sleeve pada tie rod, adjust sampai dapat angle yang sesuai dan ketatkan semula. 

 

Untuk kereta normal, tetapan camber adalah negatif untuk kanan dan kiri dan tidak boleh satu positif dan sebelah lagi negatif. Tetapan untuk Toe pula adalah straight. Kecuali anda mempunyai hobi menggunakan tayar ‘kangkang’ atau ingin memasuki perlumbaan, tetapan caster, camber dan toe bergantung kepada kesesuaian. Dan pastinya ia akan mengakibatkan kos tambahan. Diharap artikel ini sedikit sebanyak dapat membantu anda. Jika ianya bermanfaat, sila like dan sharekan artikel ini dengan rakan-rakan anda. 

You Might Also Like

No Comments

error: Content is protected !!