Tips Kereta

Tips Kereta: Perlu Atau Tidak Buka Bateri Kereta Jika Tidak Digunakan Dalam Jangkamasa Yang Lama?

July 10, 2015

  

Hari ini setiap rumah pastinya mempunyai lebih dari satu kereta. Pada musim perayaan seperti Hari Raya yang akan menjelang nanti, pastinya anda akan meninggalkan salah sebuah kereta anda dalam jangkamasa yang lama. Pasti banyak yang pernah mengalami kereta tidak boleh start selepas ditinggalkan beberapa lama. Ini disebabkan bateri telah kehilangan cas yang menyebabkan kereta tidak boleh dihidupkan dan perlu di’jumpstart’kan. Jadi jika bateri akan hilang cas, adakah perlu kita membuka bateri kereta sebelum ditinggalkan?

Sebelum itu, semua bateri kereta akan kehilangan cas apabila kereta tidak bergerak. Ini disebabkan banyak peralatan elektronik yang menggunakan bateri ketika enjin tidak dihidupkan seperti alarm, jam, ecu dan lain-lain lagi. Ketika enjin hidup, bateri tidak kehilangan cas disebabkan ia sentiasa dicas semula dengan alternator. Lebih-lebih lagi kereta yang mempunyai banyak fungsi elektronik yang menggunakan memori seperti memory seat, keyless entry push start dan sebagainya. Modul-modul elektronik akan sentiasa menggunakan bateri dan akan menyebabkan cas bateri hilang dengan lebih cepat. Berbalik kepada persoalan pokok, adakah perlu kita membuka bateri jika begitu?

Jawapannya, ia bergantung kepada beberapa faktor seperti jangkamasa kereta tidak digunakan dan usia bateri kereta tersebut. Jika kereta ditinggalkan dalam tempoh singkat seminggu atau 2 minggu, jika bateri masih baru, anda tidak perlu membuka bateri anda. Ianya sepatutnya cukup untuk ia boleh dihidupkan semula selepas anda balik bercuti.  Jika kereta ditinggalkan lebih lama dari itu, mungkin anda boleh fikirkan untuk buka bateri atau guna alternatif lain seperti menggunakan trickle charger. Namun, jika anda membuka bateri, kemungkinan anda akan kehilangan banyak setting-setting seperti radio, jam dan lain-lain. Kita juga disarankan menggunakan Trickle Charger. Trickle atau maksud dalam bahasa Melayu adalah sedikit demi sedikit atau perlahan di mana bateri akan dicas semula pada kadar yang perlahan sama dengan kadar kehilangan cas sewaktu kereta tidak digunakan. Namun begitu penggunaan trickle charger belum popular di negara kita. 

   

Trickle Charger

Trickle charger berfungsi untuk mengecas semula bateri tetapi dengan kadar perlahan sama dengan kadar kehilangan cas pada bateri ketika tidak digunakan. Charger perlu disambungkan dengan punca kuasa sebelum anda menyambungkan kepada terminal bateri kereta. Terdapat juga trickler charger yang menggunakan kuasa solar. 

Bateri yang telah berusia juga tidak boleh memegang cas elektrik dengan baik seterusnya lebih risiko untuk kehilangan cas dengan mudah.  Oleh itu, kereta akan tidak boleh dihidupkan walaupun selepas 1 atau 2 hari dibiarkan. 

Jika anda mempunyai rakan-rakan yang boleh membantu menghidupkan enjin kereta anda sewaktu anda bercuti itu adalah lebih baik namun jika tiada, boleh lah anda rujuk tips di atas. InsyaAllah saya akan kongsikan lebih banyak lagi tips pada post akan datang. Sila sharekan post ini jika ianya membantu anda.

You Might Also Like

No Comments

(Required)
(Required, will not be published)
*
error: Content is protected !!